Islamic Widget

Rabu, 30 Jun 2010

Cuti Hari Ini!


Hari ini jadual aku off...nak rs cuti last ari biasa sebelum start minggu depan cuti sabtu ahad...gaji masuk ke x lagi ni ek?klu masok horey la!!!!nk kuar dgn si dia sebelom si dia blk ke KL...huhuhu...Cuti semester si dia pown da nk bkk...so, kn la gn masa ni untuk abeskan masa...apapown, p check dl gaji masuk ka dak ag...senang cerita! janji, ENJOY!

Berapa Batang Pensel Anda Nampak?

Pencils Optical Illusion

Aksi Pusingan Ke 2 - Japan VS Paraguay n Spain VS Portugal


Keputusan Penuh Pusingan Ke 2 Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

ROUND 2 (LAST 16)
Uruguay 2
1 South Korea
United States 1
2 Ghana
Germany 4
1 England
Argentina 3
1 Mexico
Netherlands 2
1 Slovakia
Brazil 3
0 Chile
Paraguay 0
0 Japan
Spain 1
0 Portugal

Tamat riwayat Asia

Pretoria - Paraguay meranapkan harapan Jepun untuk membawa cabaran Asia ke suku akhir Piala Dunia 2010 apabila mencatat kemenangan 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada masa permainan sebenar dan 30 minit masa tambahan.

Rakyat Czech bantah pembinaan patung Jacko

Utusan Malaysia 30/06/2010 2:49am

PRAGUE 29 Jun - Beribu-ribu rakyat Republik Czech membantah rancangan untuk meletakkan patung Michael Jackson di ibu kota itu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa bandar itu telah meluluskan projek berkenaan.
Rentetan itu seramai 2,000 orang hari ini menyertai bantahan melalui Facebook dengan menyatakan tidak masuk akal untuk meletakkan patung tersebut kerana Jackson tidak mempunyai hubungan dengan Republik Czech. - AP

Isnin, 28 Jun 2010

Adinda - Lah Ve

Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang ku tunggu (tunggu..)

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu

(*)
Semua untukmu.. Oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku.. oh
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku.. oh adindaku..
Semua kerana kerna kamu

Oh adindaku.. oh adindaku..
Semua kerana kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu dihatiku
Semua yang kau mahu

(Ulang *)
Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa

Dialog 2 Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

AYAM GOLEK BEREMPAH


1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan]
2 keping asam gelugur

bahan mesin
10 uilas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Masukkan semua bahan dan ayam di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Rasakan garam. Balikkan kedudukan ayam supaya rempah kena semua bahagian badan ayam tu.
3. Angkat ayam kemudian panggang di dalam oven 200′ C selama 20 minit.
4. Bila masak, letakkan ayam dalam pinggan besar dan tungkan kuahnya diatas badan ayam dan bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri.

Resepi Ayam Masak Tomato

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
2 bawang besar – hiris bulat-bulat
2 biji buah tomato
1 cawan tomato sos
1 sudu makan gula
5 cm halia
1 bunga lawang
2 cm kayu manis
½ cawan mnyak masak
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
2 cawan kacang peas
3 cengkih
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak untuk goreng ayam. Goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk/kisar cili kering hingga halus. Tumbuk kasar bawang merah dan halia.
4. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk bersama cengkih dan bunga lawang.
5. Masukkan santan dan masak hingga mereneh.
6. Masukkan tomato sos, gula, garam dan kayu manis. Kacau selalu.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 minit.
8. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang peas.
9. Balik-balikkan ayam hingga sebati dengan kuah merah. Tutup api.
10. Hidangkan dengan nasi.

2010 FIFA World Cup™


Adinda

Adinda

kerana dinda istimewa
cuma bilang saja
semua yang diminta
akan terlaksana

kerna dinda istimewa
tiada sukar bagiku
selagi nyawa ini mampu berbakti padamu

tahu kah kekanda
selalu dilanda
kesunyian pabila dinda tak bersama
ku bagaikan lagu
tak berkata tiada erti bermakna
owhhhhhhhhhh

kerana dinda istimewa
cuma bilang saja
semua yang diminta akan terlaksana
adinda......

2010 FIFA World Cup™ - Battle of the Titans : Germany 4-1 England.

Ahad, 27 Jun 2010

2010 FIFA World Cup™ - Battle of the Titans



England have been denied an equalising goal as Frank Lampard's lobbed shot clearly crossed the line! Linesman says no. Horrific call. It's Germany 2-1 England at half-time!

Tip-tip agar hilang mengantuk di pejabat


• Makan gula-gula getah. Kunyahlah ia tanpa henti.

• Sepak bucu-bubu meja dengan kaki (Anda di nasihatkan buka kasut terlebih dahulu)

• Ambil sekeping kertas A4 tegakkan dan tarikkan ia di antara dua jari telunjuk dan tengah.

• Hina kawan sebelah anda secukup-cukupnya

• Sentiasa berlari pecut untuk kemana-mana sahaja di dalam pejabat itu (Pergi tandas, pergi ke meja kawan dsb)

• Cabut sehelai bulu hidung anda dengan lajunya.

• Jangan makan atau minum sepanjang hari (Makan pada waktu malam sahaja). Sebabnya orang selalu mengantuk selepas makan.


• Pesan pada penyambut tetamu pejabat anda supaya meng'interkom' anda setiap 5 min.

• Buat secawan kopi panas dan tumpahkan ia atas baju dan seluar anda. (Tumpahkan pada kawan pun boleh juga - lebih afdal)

• Ambil stapler dan staplekan cuping telinga anda atau telinga sesiapa sahaja yang berdekatan.

SYAITAN VS SETAN


syaitan3 SYAITAN 
VS SETAN
Setan ko!!!!!.. Korang mesti pernah dengar kalau sesetengah orang marah dan bentuk makian beliau macam tu.. ko ni setan yang bertopengkan manusia ke? engkau ni dah nak jadi setan ke? tak puas – puas hidup kau setan? mampus aku, setan….. (tu macam skrip filem p. ramlee)… tapi macam mana pulak dengan sesetengah orang yang selalu keluar malam, yang selalu – selalu lepak tu? Dan adakalanya bila ditanya kau tak takut setan kacau kau ke? lantas di jawap dengan selamba.. setan tak kaco setan.. hehehe… apa pulak maksudnya tu ye?

Mainan Warna – Warna Yang Menyihatkan

colourwater Mainan Warna   Warna Yang Menyihatkan
Merah ( Hilangkan Sakit Kepala)
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala, oleh itu jika anda mengalaminya dan sakit sangat kepala rasa macam nak hantuk kepala ke dinding, letakkan tuala lembab berwarna merah di atas mata anda. Ianya mampu untuk meningkatkan peredaran dan Melonjakkan adrenalin.
Biru ( Mengurangkan tekanan di tempat kerja)
Anda rasa tertekan, Rasa macam anda lebih layak jadi bos, bos buat semua serba tak kena, bos buat kerja sambil lewa dan sememangnya anda rasa tertekan yang amat sangat!. Okay cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang ber warna biru. Ia mampu merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna – warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang. Lagi satu jangan pula tonton filem biru.. nanti ketenangan yang dicari, lain pula yang datang..
Merah Jambu ( Elakkan Insomnia )
Jika anda rasa susah sangat nak tidur, mengalami kesukaran untuk tidur dengan selesa di  waktu malam, apa kata anda hiaskan bilik tidur dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik juga boleh tercipta dengan warna ini, bagi lelaki – lelaki sasa dan macho diluar sana, apa kata tukar warna bilik anda dengan warna merah jambu.. biar ganas tapi manja..
Hijau ( Lenyapkan Keletihan )
Pujangga pernah berkata, warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Hari Yang Tujuh

Ahad – Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

Isnin – Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

Selasa – Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

Rabu – Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

Khamis – Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

Jumaat – Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin
dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.

Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

Sabtu – Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun,
Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya.

Kelebihan Hari Ahad

Allah telah menjadikan seminggu itu terdiri daripada 7 hari.
Dan setiap hari-hari tersebut ada rahsia dan kenangannya.
Dimana setiap 7 perara dihiasi dengan 7 perkara.
Hari Ahad. Apa yang anda tahu mengenai hari Ahad?
Kepada sesiapa yang tahu bolehlah dikongsikan bersama.
Dan disni saya ingin berkongsi apa yang saya tahu mengenai
hari Ahad dari buku Rahsia 7 ini.
Difahamkan sebahagian ulama mengatakan bahawa pencipta
Yang Maha Kuasa telah menciptakan tujuh
macam benda diantara makhluk-makluk pada hari Ahad. Iaitu:
1. Tempat jalan bintang-bintang.
2. Bintang-bintang yang bergerak.
3. Neraka yang bertingkat.
4. Bumi yang berlapis.
5. Lautan yang besar.
6. Anggota tubuh manusia.
7. Hari-hari dalam seminggu.

Kata Mutiara Tentang Cinta

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka

Piala Dunia 2010 Afrika Selatan - Pusingan Kedua


Uruguay Dan Ghana Menjadi 2 Pasukan Pertama Ke Pusingan Suku Akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

Tips Menghadapi Kegagalan Dalam Hidup



1) Jangan buka akaun di facebook, nanti rakan-rakan lama anda sebok tanya anda kerja apa sekarang.
2) Elak daripada bertemu rakan-rakan lama, nanti segan tengok diorang pakai kereta besar2, anda naik bas je.
3) Bersenam setiap hari, bersenam boleh mengeluarkan hormon endorphine yang boleh menenangkan jiwa dikala teringat saat-saat kegagalan anda.
4) Ambil dadah sintetik, dadah seperti pil kuda, syabu, extacy boleh menghayalkan anda dan membawa anda ke alam lain, jadi anda tak kecewa lagi.

5) Melakukan apa2 jenayah, jika anda dipenjarakan anda dapat makan free, kalau boleh biarlah penjara seumur hidup, kalau dapat hukum bunuh lebih baik.
6) Makan secara seimbang, pemakanan seimbang boleh mencegah dari merasa tekanan, kalau tak cukup duit kerja je dikedai makan. Leh makan free.
7) Berkawan dengan orang yang setaraf, jangan kawan dengan orang-orang berjaya, nanti dihinanya anda macam anjing kurap.
8) Berhijrah ke negara lain, takda sapa kenal anda disana, jadi anda boleh buat kerja apa pun tanpa terserempak dengan sesapa.

Persamaan Aneh 2 Presiden USA



Abraham Lincoln masuk kongres tahun 1846.
John F. Kennedy masuk kongres tahun 1946.
Abraham Lincoln terpilih jadi presiden tahun 1860.
John F. Kennedy terpilih jadi presiden tahun 1960.
Keduanya sangat peduli hak-hak sivil.
Kedua istri mereka kehilangan anak saat di gedung putih.
Kedua presiden ditembak hari Jumat.
Kedua presiden ditembak di kepala.
Sekretaris Lincoln bernama Kennedy .
Sekretaris Kennedy bernama Lincoln .
Keduanya dibunuh oleh orang dari daerah selatan.
Keduanya digantikan oleh orang selatan yg bernama Johnson.
Andrew Johnson, yg menggantikan Lincoln , lahir tahun 1808.
Lyndon Johnson, yg menggantikan Kennedy, lahir tahun 1908.
John Wilkes Booth, yg membunuh Lincoln , lahir thn 1839.
Lee Harvey Oswald, yg membunuh Kennedy, lahir thn 1939.
Kedua pembunuh terkenal dengan tiga namanya.
Nama keduanya terdiri dari 15 huruf.
Lincoln ditembak di teater bernama ‘Ford.’
Kennedy tertembak di mobil ‘ Lincoln ‘ dibuat oleh ‘Ford.’
Lincoln tertembak di teater dan pembunuhnya bersembunyi di gudang.
Kennedy tertembak dari sebuah gudang dan pembunuhnya bersembunyi di teater.
Booth dan Oswald terbunuh sebelum diadili.
Seminggu sebelum Lincoln tertembak, dia berada di Monroe , Maryland
Seminggu sebelum Kennedy tertembak, dia bersama Marilyn Monroe.

Jenis-jenis Cinta

PostSubject: Jenis-Jenis Cinta   Wed 09 Jan 2008, 1:54 am

1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO,
pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama
tetap segar..first love never dies..yang pertama belum
tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg
terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar
wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan
yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan
yg juga blh menjadi ‘guru’, seorang yg blh kita
jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat
@ diri kita.

3. CINTA MENGGODA
Seseorang yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah
ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap
akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak
aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu
jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak
merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang
kuat…mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon
dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg
dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yg gemar main
cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’
itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup
sukar ditepis.

6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap
waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita
ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so,
berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positive!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk
dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha
kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk
mendapatkan cinta yg kita inginkan…

Apa yg pasti…cinta yg Agung itulah yg kekal
abadi…kasih manusia sering bermusim…sayang manusia
tiada abadi…Kasih Tuhan tiada bertepi... sayang Tuhan
janjiNya pasti..

Yang Ku Cintai Dan Sayangi

For The Rest Of my Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

2010 FIFA World Cup™ Day 16 LIVE Uruguay 2 - 1 South Korea


Luis Suarez's brace has sent Uruguay into the quarter-finals of the 2010 FIFA World Cup™. Uruguay 2-1 South Korea.

Sabtu, 26 Jun 2010

TIPS BANGUN PAGI

So, berikut merupakan langkah-langkah untuk dapatkan bangun pagi yang sihat;

1.Regangan
Lakukan perlahan-lahan dengan menggerakkan tubuh ke kiri dan ke kanan..Gerakan ini membantu tubuh mengumpulkan semula tenaga yang hilang semasa tidur dan membuatkan fikiran kita lebih terfokus kembali..
Rasa melayang yang kerap terjadi akibat bangun terlalu pagi pun akan beransur hilang..

2. Bergerak
Lepas lulus step pertama..haaa...cuba bangun dari katil dan gerak-gerakkan badan anda..
cam lompat-lompat sikit ke..pumping...sit-up..
kasi darah jalan satu badan la~


3. Hindari kafein
Kafein memang la buatkan kita boleh stay up sepanjang malam..tapi kalau berlebih-lebih, kesannya akan kita rasai bila kafein tu hilang..dan badan akan jadi tersangat penat..
So, kalau nak amik kopi tu..jangan lebih daripada dua cawan...
Mai..secawan~

4. Minum
Mulakan pagi anda dengan meminum air kosong sebelum perut tu di isi dengan benda lain
Time tidur, tubuh akan menggunakan air yang tersimpan dalam badan kita..
So, kita akan kehilangan air bila bangun..
Minum air ni penting untuk menyegarkan semula tubuh dan melancarkan sistem saraf dan sistem pencernaan kita..pendek kata..
semua sistem lah...

5. Jadual Tidur?
Buat satu jadual harian..pastu tetapkan waktu tidur..
Time tidur silalah tidur..
Jadual tidur dan bangun yang konsisten dan sama setiap hari akan menyebabkan
tubuh lebih mudah bangun..dan anda akan rasa lebih 'power' setiap hari...hehehe...

http://www.clipartheaven.com/clipart/business_&_office/cartoons_(n_-_z)/wake_up!.gif

6. Pilih 'alarm' dengan bunyi yang lembut
Semua orang tak suka kalau kita tengah syok tidur tiba-tiba ade orang pekik tepi telinga..
So, set kan bunyi alarm yang lembut (jangan lembut sangat sampai tak leh nak dengar)
Pastu..letak 'alarm' tu jauh sikit daripada anda..sebab nanti nak matikan alarm tu kena bangun dan jalan jauh sikit..baru darah tu jalan..

7. Redupkan cahaya
Matikan televisyen atau komputer satu jam sebelum tidur..
Cahaya yang terang akan mengganggu otak untuk berehat..



http://yasrifananda.files.wordpress.com/2010/02/mandi-junub.jpg

8. Segera mandi
Tahukah anda?
Segera mandi amat sukar tetapi inilah kunci bangun pagi..
Walaupun anda dalam keadaan mengantuk tahap dewa sekalipun, bila anda mandi secara automatiknya tubuh anda akan 'bangun'..
Mandi dapat membangunkan sistem saraf sedang 'tidur'~

9. Sarapan
Setelah 'berpuasa' lebih sepanjang malam..tubuh perlukan tenaga untuk bergerak.
Sarapan pagi (walaupun sekeping roti atau sepotong buah) akan membuatkan anda rasa lebih bersedia untuk meneruskan aktiviti harian anda :)

10. Bernafas dalam-dalamSesetengah orang..bangun pagi merupakan saat paling mencemaskan..
Masalah di pejabat..
Masalah rumahtangga..
Masalah assignments tak siap..
Masalah jap lagi exam tapi belum study...
huhuhu...
So..
Amik masa dengan bernafas dalam-dalam..
Wujudkan suasana yang tenang semasa pagi anda..
(dengar zikir ke..ayat-ayat suci al-Quran ke..)
Bila suasana jadi tenang..semua masalah dapat diatasi dan mood pada hari tersebut akan menjadi baik ;)

"BANGUN PAGI YANG SIHAT MENJAMIN TUBUH YANG SIHAT
PEMUDA SIHAT DISAYANGI ALLAH!"

Pejuang Islam Rantau Ini


Mati Seperti mereka yang  terlalu mulia untuk membela Islam di Nusantara!

Bahaya Freemason

Bank-bank/syarikat kewangan yang dikuasai oleh zionist/freemason/illuminati


1. Federal Reserve Bank (yang mencetak Dollar Amerika)
2. Rothchilds
3. Russell Investment
4. Chase Manhattan Group
5. AIG
6. The Lazard Brothers
7. Kuhn-Loeb Company
8. Goldman Sach
9. Lehman Brothers
10. Morgan-Stanley
11. Citibank
12. Bank of England
13. Swiss Bank
14. HSBC
15. Barclays Bank
16. Jacob-Schiff bank
17. Deutch Bank
18. American Express
19. ING

Jumaat, 25 Jun 2010

Rahsia Di Sebalik Solat

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Kalimah Allah Tertera Pada Daging Burger


burger
Menjelang 1430H/2009 iaitu sejak tahun 2006/2007/2008/2009/2010, kalimah Allah telah muncul boleh dikatakan disegenap pelusuk dunia. Ini sudah tentu suatu ‘alamat’ dari Allah Yang Maha Kuasa kepada manusia akan kebangkitan Islam akhir zaman. Tetapi amat sedikit manusia yang memahami akan alamat dari Allah SWT ini.
Terbaru, kalimah Allah tertera pada daging burger selepas digoreng oleh seorang kanak-kanak. Kalimah Allah itu amat jelas kelihatan pada masa mula di masak tetapi huruf aliff hilang selepas semalaman di simpan dan yang jelas kelihatan hanyalah “Lillah”..Subhanallah

Jepun melangkah cemerlang

25/06/2010 4:27am

RUSTENBURG 25 Jun - Jepun muncul wakil Asia kedua melangkah ke pusingan kedua apabila cemerlang menewaskan Denmark 3-1 dalam aksi Kumpulan E di Stadium Royal Bafokeng, sebentar tadi.
Gol Jepun disumbangkan oleh pemain sensasi mereka, Keisuke Honda pada minit ke-17 dan Yasuhito Endo minit ke-30 melalui sepakan percuma sementara Shinji Okazaki melengkapkan kemenangan skuad Blue Samurai itu dengan gol minit ke-87.
Denmark memperoleh gol saguhati melalui Jon Dahl Tomasson pada minit ke-81. Selaku naib juara Kumpulan E, Jepun akan berdepan Paraguay di pusingan kedua pada 29 Jun.

Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend kekasih kita?


Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm…memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.
Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!
Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.
Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada.

Nak Dating?Tips2 Di Sini... :P

Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dilakukan

Rancang Terlebih Dahulu
Yup! Inilah yang paling penting. Anda perlu merancang terlebih dahulu masa dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti. Selain daripada itu, anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau tidak. Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting agar poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.
Pakaian Jangan Over
Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, stylo mylo, funky, geek dan sebagainya? :mrgreen: Bagi saya, tidak perlu itu semua. Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh. Anda perlu ingat, tujuan kita keluar adalah untuk pergi dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.
Teman Dia Ke Mana Saja
Tidak sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju, kedai kasut dan sebagainya. Kalau dia nak singgah tu, ikut sajalah ke mana dia nak pergi. Kalau anda tak larat nak temankan dia, duduk sajalah di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. Saya selalu gunakan tips ni semasa di kedai kasut. Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia pergi. Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan pendapat tentang baju ke, kasut ke, atau barang-barang yang dia nak beli. Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan beli tetapi, at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman dan melayan permintaan dia dengan sebaiknya. :-)
Berikan Pendapat Jika Ditanya
Dan lagi satu, apabila ditanya untuk berikan pendapat, cuba berikan pendapat anda dengan seikhlas yang mungkin. Saya kadang-kala ada juga mengada-ngada menterbalikkan pendapat saya. Saja nak bergurau-gurau la katakan. Apabila baju tu lawa, saya cakap tak lawa. Bila kasut tu tak sesuai, saya cakap sesuai. Gedik kan? :oops: Tetapi memang saya suka buat macam tu. Dan lepas tu kena pandai-pandailah pujuk balik bila dah nampak mulut dia semacam je muncungnya. :o
Jangan Jadi Bisu
Semasa sedang berjalan-jalan tu, jangan biarkan suasana menjadi bisu. Cuba bangkitkan beberapa topik perbualan supaya Si Dia tidak berasa bosan apabila keluar dating dengan anda. Sebagai contoh yang mudah, cuba berikan pendapat anda tentang filem yang ditonton. Cuba gunakan apa-apa perkara yang menarik dalam filem tersebut ke dalam topik perbualan anda. Dengan itu, sedikit sebanyak dating anda tidaklah bosan dan sunyi sahaja. Tetapi perlu diingatkan, berhati-hati ketika memilih topik perbualan. Jika anda salah pilih topik, payah juga untuk menceriakan semula keadaan.
Buat Si Dia Ketawa
Part ini adalah part yang saya rasa sukar bagi sesetengah orang. Bagi kepada mereka yang ringan mulut, saya rasa mereka tidak akan mengalami masalah. Cara ini adalah bagus kerana bukan sahaja Si Dia akan berasa gembira malah ianya akan memberikan Si Dia kekuatan kerana andalah penyeri hidupnya apabila Si Dia berasa kesunyian atau pun keseorangan. :up:

Aktiviti Ketika Keluar Dating

Menonton Wayang
Tadi ada disebut pasal aktiviti. Dan ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib apabila saya dan Mrs Teddy keluar dating. Setiap kali dating, saya akan beli dua tiket wayang untuk dua cerita filem yang berbeza. :cry: Bagi sesetengah orang, mereka akan berkata, “Kenapa la korang buang masa tengok wayang? Bosan la weh tengok wayang tu…”. Well, bagi pendapat saya, dengan menonton wayang ini lah kita akan mempunyai masa yang panjang untuk bersama-sama dengan teman istimewa kita. Disamping itu, kita juga dapat berkongsi pendapat dan bercerita tentang cerita yang ditonton. Jadi, tidaklah berasa bosan sepanjang kita keluar dating nanti.
Makan Bersama
Ha, ini lagi satu perkara yang wajib dan mesti dan sesungguhnya aktiviti yang patut anda rancangkan ketika keluar dating. Tidak kisahlah samada pergi sarapan ke, makan tengahari ke, makan malam ke, tetapi aktiviti makan bersama ini perlu ada dalam perancangan aktiviti dating anda. Macam saya dan Mrs Teddy, setiap kali keluar je, mesti kami akan makan tengahari bersama-sama, minum petang bersama-sama dan akhir sekali, makan malam bersama-sama. Banyak betul kan kami makan? Hahaha… :P Memang banyak berbelanja kalau keluar dating ni. Itu sebabnya saya katakan di awal-awal tadi bahawa perancangan adalah penting.
Bermain Bowling
Kalau ada duit lebih, saya dan Mrs Teddy akan bermain bowling. Walaupun saya tidaklah sehebat mana, tetapi boleh la nak kalahkan Mrs Teddy tu. Kacang je kalau nak kalahkan Mrs Teddy. Hehehe… 8) Tetapi, saya pernah juga kalah dengan Mrs Teddy. Itu pun saya saja je bagi dia peluang menang. Kalau tak, mahu nya dia merayu-rayu minta handicap. Mana boleh…!!! (Padahal memang saya kalah pun sebenarnya…) :(
Ambil Gambar Kenangan
Walaupun ianya tidak penting, tetapi kalau boleh ambillah gambar sebagai kenang-kenangan apabila keluar dating nanti. Bukannya apa, bagi saya setiap hari yang kita luangkan dan setiap masa yang kita berikan adalah berbeza dari dating-dating yang kita pernah dan akan lalui. Mungkin apabila kita melihat semula gambar-gambar tersebut, kita akan teringat kembali peristiwa lucu dan kelakar semasa mengambil gambar itu. Tidakkah ianya akan mengembalikan nostalgia pada diri anda suatu hari nanti? :wink:
Hurm…jadi, itulah dia sedikit sebanyak tips dating yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua. Seperti yang saya katakan di awal-awal entri ini, sesetengah tips ini sesuai digunakan oleh anda sekalian. Tetapi terdapat juga sesetengah tips tidak beberapa sesuai digunakan pada keadaan-keadaan tertentu. Jadi, terpulanglah pada anda untuk lakukan apa yang patut.
Dan sekiranya anda mempunyai tips-tips dating yang lain dan ingin dikongsikan bersama dengan kami, silalah berikan komen tips-tips tersebut di sini. Mana la tau kalau-kalau tips yang anda gunakan itu dapat kami gunakan pula apabila keluar dating nanti. Hehehe… Terima kasih ya… :D

Faveret Team

Brazil
Penampilan: 18
Pemain tonggak: Kaka, Luis Fabiano, Julio Cesar
Kekuatan: Serangan balas sepantas kilat merupakan kepakaran jurulatihnya, Dunga.
Kelemahan: Brazil bergelut apabila berdepan pasukan yang bermain secara bertahan.
Ramalan: Menang Piala Dunia.

AKHIRNYA mara...

rooney.jpg


AKHIRNYA mara... England layak ke pusingan kedua selepas menang 1-0 ke atas Slovenia hasil jaringan Jermain Defoe, yang dirai bersama rakan sepasukan di Stadium Nelson Mandela, Port Elizabeth semalam. - AFP

Penyandang juara tersingkir Piala Dunia 2010

25/06/2010 12:01am

JOHANNESBURG, 25 Jun — Penyandang juara, Itali tersingkir dalam saingan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas tewas 3-2 kepada Slovakia dalam perlawanan terakhir Kumpulan F.

Sementara Slovakia mengiringi satu lagi pasukan dari kumpulan yang sama, Paraguay mara ke pusingan kedua, Paraguay yang muncul juara kumpulan mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang New Zealand. - AP

Adamaya OST Yang Terindah - DakMie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah