Merah ( Hilangkan Sakit Kepala)
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala, oleh itu jika anda mengalaminya dan sakit sangat kepala rasa macam nak hantuk kepala ke dinding, letakkan tuala lembab berwarna merah di atas mata anda. Ianya mampu untuk meningkatkan peredaran dan Melonjakkan adrenalin.
Biru ( Mengurangkan tekanan di tempat kerja)
Anda rasa tertekan, Rasa macam anda lebih layak jadi bos, bos buat semua serba tak kena, bos buat kerja sambil lewa dan sememangnya anda rasa tertekan yang amat sangat!. Okay cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang ber warna biru. Ia mampu merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna – warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang. Lagi satu jangan pula tonton filem biru.. nanti ketenangan yang dicari, lain pula yang datang..
Merah Jambu ( Elakkan Insomnia )
Jika anda rasa susah sangat nak tidur, mengalami kesukaran untuk tidur dengan selesa di waktu malam, apa kata anda hiaskan bilik tidur dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik juga boleh tercipta dengan warna ini, bagi lelaki – lelaki sasa dan macho diluar sana, apa kata tukar warna bilik anda dengan warna merah jambu.. biar ganas tapi manja..
Hijau ( Lenyapkan Keletihan )
Pujangga pernah berkata, warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan